Mahkamah tidak boleh paksa peguam negara, kata hakim

Source: FMT News

Hakim Hanipah Farikullah memutuskan demikian dalam penghakiman bertulis mengenai permohonan semakan kehakiman melibatkan 1MDB. Pic dari FMT News.

Hakim Hanipah Farikullah memutuskan demikian dalam penghakiman bertulis mengenai permohonan semakan kehakiman melibatkan 1MDB. Pic dari FMT News.

KUALA LUMPUR: Mahkamah tidak boleh memaksa peguam negara untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah terhadap seseorang individu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah memutuskan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 41 muka surat mengenai permohonan semakan kehakiman melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diedarkan kepada media hari ini.

“Ini kerana berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai budi bicara yang luas berhubung kawalan dan arahan bagi semua pendakwaan jenayah.

“Bukan sahaja beliau memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, beliau juga boleh memberhentikan prosiding jenayah yang beliau telah mulakan.

“Mahkamah tidak boleh memaksa beliau untuk memulakan apa-apa prosiding jenayah yang beliau tidak mahu mulakan atau meneruskan apa-apa prosiding jenayah yang beliau telah putuskan untuk tidak teruskan,” katanya. Read more