Hukuman sebat mandatori bagi pesalah jenayah seksual

Source: The Malay Mail Online

Barisan Nasional dan pembangkang penggubal undang-undang telah bersatu untuk menyokong Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bill 2017 yang dibentangkan di Parlimen 28 Mac, 2017. — Foto oleh Kamles Kumar dari MMO.

Barisan Nasional dan pembangkang penggubal undang-undang telah bersatu untuk menyokong Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bill 2017 yang dibentangkan di Parlimen 28 Mac, 2017. — Foto oleh Kamles Kumar dari MMO.

KUALA LUMPUR, 6 April — Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, yang antara lain memberi laluan kepada penguatkuasaan hukuman sebat mandatori terhadap pesalah jenayah seksual apabila akta itu diwartakan kelak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata di bawah pindaan akta itu, hukuman sebat mandatori boleh dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan rogol, sumbang mahram, persetubuhan seksual bertentangan dengan aturan tabii secara rela dan tanpa kerelaan, serta kesalahan merangsang kanak-kanak kepada perbuatan kelucahan melampau.

“Rang Undang-Undang ini menunjukkan langkah serius kerajaan untuk menangani salah laku melibatkan jenayah seksual dalam masyarakat yang semakin berleluasa pada hari ini,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, yang kemudiannya diluluskan dengan undian majoriti pada 11.30 malam ini. Read more