Rakyat Malaysia dapat kewarganegaraan bukan pendatang, kata Khoo Kay Kim

Sumber: The Malaysian Insider

Rakyat yang mendapat taraf warganegara Malaysia seharusnya bukan lagi dianggap pendatang, kata pakar sejarah Tan Sri Khoo Kay Kim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.

Rakyat yang mendapat taraf warganegara Malaysia seharusnya bukan lagi dianggap pendatang, kata pakar sejarah Tan Sri Khoo Kay Kim yang menyifatkan polemik penggunaan istilah tersebut sebagai satu salah tafsir.

Profesor emeritus di Jabatan Sejarah Universiti Malaya itu berkata, istilah pendatang digunakan bagi mereka yang datang dari negara lain, tetapi keadaannya berbeza jika seseorang itu sudah lama menetap di sesebuah negara dan diberikan kewarganegaraan.

“Pendatang ialah satu istilah, seseorang yang datang dari negara lain. Contohnya di negara ini, jika dia warganegara negara lain, maka dia pendatang.

“Tetapi jika dia tinggal di sini sudah lama dan memohon kewarganegaraan, maka dia bukan lagi pendatang, dia adalah warganegara,” katanya pada forum Mempertahan Maruah Melayu anjuran Gabungan Merdeka Rakyat di Kuala Lumpur malam tadi. Read more