13 tahun yang menyeksakan, lelaki terlepas hukuman gantung

Sumber: FMT News

Shahrul Izani yang dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas kesalahan mengedar 622g kanabis mendapat pengampunan diraja. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia Shamini Darshni berkata pihaknya bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Majlis Peguam menggesa satu moratorium dilaksanakan segera. Katanya, “Beberapa kali sejak 2010 dibincangkan kebarangkalian memansuhkan hukuman gantung, tetapi sehingga kini tidak ada. Dua peguam negara dan 3 menteri undang-undang sudah berubah.”

Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia Shamini Darshni bersama ibu Shahrul, Sapenah Nawawi mengucapkan terimakasih atas pengampunan diraja oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas Shahrul Izani Suparman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas kesalahan mengedar 622g kanabis

Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia Shamini Darshni bersama ibu Shahrul Izani Suparman, Sapenah Nawawi mengucapkan terimakasih atas pengampunan diraja oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas Shahrul oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas kesalahan mengedar 622g kanabis. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Hanya tangisan syukur dan ucapan terima kasih mampu dikatakan seorang ibu apabila dimaklumkan anak lelakinya terlepas hukuman gantung selepas mendapat pengampunan diraja.

Sapenah Nawawi, 58, berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai penjara agar hadir ke penjara Sungai Buloh pada Isnin lalu.

Menurutnya, tidak dapat dibayangkan perasaan takut ketika itu kerana khuatir akan diberitahu tarikh hukuman gantung tetapi sebaliknya apabila diberitahu anaknya mendapat pengampunan diraja oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Shahrul Izani Suparman, 33, dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas kesalahan mengedar 622g kanabis mendapat pengampunan diraja.

“Saya seronok, gembira dan rasa percaya tak percaya beliau dibebaskan daripada hukuman gantung.

“Sesungguhnya berkat doa seorang ibu, kawan dan semua, beliau terlepas hukuman gantung,” kata Sapenah pada sidang media di sini hari ini. Read more