KENYATAAN AKHBAR: Hentikan Kecaman Atas Aktivis,Hapuskan Gejala Seksisme Dan Misoginistik

Oleh: Nurhayyu Zainal, Meja Wanita, Parti Sosialis Malaysia (PSM)

2 FEBRUARI 2018

HENTIKAN KECAMAN ATAS AKTIVIS, HAPUSKAN GEJALA SEKSISME DAN MISOGINISTIK

Sedar atau tidak, golongan politik hari ini bagaikan raksaksa toksik terbentuk dari kesan radiasi sisa buangan oleh satu sistem dikenali sebagai patriarki. Dominasi kaum lelaki selama ribuan tahun meletakkan wanita pada posisi subordinat dengan limitasi terhadap kuasa politik serta proses membuat keputusan (decision making) ini mendorong kepada perbuatan memperlekehkan pandangan wanita selain membuli, fitnah, serangan peribadi, dan perlakuan lucah.

Inilah situasinya bila aktivisme politik hanya setakat menukar baju dari parti pemerintah ke parti pembangkang. Mana2 gabungan politik yang ahli-ahlinya tidak mempunyai ideologi dan prinsip poliitk yang jelas akan berkelakuan seksis dan misoginistik.

Gejala ini dilihat begitu ketara apabila penyokong – penyokong dan propagandis (cybertroopers) pihak pembangkang menggunakan kata kata lucah dan kesat sebagai mod serang balas terhadap seorang aktivis wanita yang dikenali sebagai Maryam Lee berikutan pendiriannya menyokong kempen #UndiRosak yang menjadi fenomena dan perbualan hangat di media sosial.

Sebagai sebuah organisasi yang menolak sistem patriarki, Parti Sosialis Malaysia mengecam sekeras – kerasnya perlakuan serta ancaman berunsur misoginis dan seksis terhadap mana mana individu. Read more