
KUANTAN, 26 Feb — Penduduk Kuantan Mohd Zamri Salleh, 46, ceria menunjukkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima selepas mengeluarkan daripada bank berdekatan hari ini.
Mohd Zamri amat bersyukur dengan bantuan BR1M ini dapat meringankan beban kos perbelanjaan keluarga dan penerima BR1M seluruh negara boleh mengambil bermula hari ini secara berperingkat. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 28 Feb — Lebih 30 peratus isi rumah miskin bandar yang berpendapatan kurang RM4,000 terlepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Demikian menurut kajian agensi kanak-kanak Unicef yang menyatakan penerima mendakwa tidak tahu bantuan itu dan kurang maklumat layak atau tidak.
“Apabila ditanya adakah mereka menerima BR1M, mereka berkata sama ada tidak tahu mengenainya atau mereka tidak tahu bagaimana memohonnya,” kata Muhammed Abdul Khaled, ketua penyelidik DM Analytics.
“Tetapi ada juga kes mereka menerimanya tahun lalu [2016] tetapi tahun ini tidak [dapat lagi].”
Badan perunding ini menjalankan kajian bagi pihak Unicef, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk BR1M tahun lalu.
Muhammed berkata dapatan kajiannya menunjukkan masalah yang dialami dalam pengagihan projek BR1M, ia tidak sampai kepada sasaran yang diharapkan.
“Kami juga mendapati mereka yang tidak layak menerima BR1M, dapat… Sistem agihan yang cacat menyisihkan individu memerlukan tetapi memasukkan mereka yang tidak layak,” katanya kepada Malay Mail. Read more